Thursday, April 14, 2011

SMKBM ~ 2011

Hari berlalu begitu pantas. Serasanya baru saje saya menulis di blog ini.." Together as 1"...pada cuti hujung tahun 2010. Bercadang untuk memberi info dari semasa ke semasa dalam usaha penubuhan alumni smkbm...Kekangan masa yang membantutkan keinginan untuk menulis dan berkongsi idea dari hari ke hari...

Terima kasih di atas follower blog ini yang bertambah dari hari ke hari..InsyaALLah~ penubuhan Alumni SMKBM akan menjadi realiti.....doakan....

Friday, November 12, 2010

ToGETHER as 1

Kepada semua bekas pelajar dan pelajar SMKBM dari tahun 1993 - 2010

Kami dalam proses mewujudkan ALUMNI SMKBM dengan mengumpulkan seberapa ramai bekas pelajar yang dapat dihubungi...

Sila sebarluaskan maklumat ini dan menjadi member agar matlamat penubuhan ALUMNI ini akan tercapai dengan penggabungan semua tenaga pelajar dan guru..



Inilah doa dan harapan kita semua...AMIN..

Monday, July 12, 2010

Pejabat Baru Sekolah





Kepada semua rakan-rakan dan bekas pelajar SMKBM, berikut adalah gambar baru bangunan sekolah kita.. Pandangan dari dalam dan luar pejabat. Mula beroperasi pada awal tahun 2010.
Memang menarik dan selesa.
Tapak pejabat sekolah merupakan ex padang sekolah kita (tempat kita duk main lompat tinggi.. dan lompat jauh.. hehe..)
Dijemput rakan-rakan untuk hadir ke pejabat sekolah (aras 2), terutamanya yang belum ambil Sijil SPM lagi.. hehe.. =)

Wednesday, July 7, 2010

Permulaan Sebuah Kehidupan Baru...

Di saat kaki melangkah kali terakhir meninggalkan sekolah selepas tamat menjawab soalan SPM terakhir di sekolah.. Pernakh kita terfikir bahawa kita sudah pun melalui suatu KEHIDUPAN BARU wahai rakan-rakan?
Kita hanya mengejar kegembiraan (kerana telah tamat SPM) tetapi kita leka.. Kehidupan Baru mengejar kita..
Sudah tamat kah pembelajaran dan waktu kita di sekolah??
Tamat kah hubungan kita dengan guru-guru??
Tamatkah hubungan kita dengan rakan-rakan.. ??
Untuk itu, tujuan blog ini adalah untuk mengumpul dan menyambung kembali hubungan kita sesama rakan, dan hubungan antara guru dan sekolah.. Agar kita sama-sama dapat mengetahui perkembangan guru-guru dan sekolah kita.. :)
Kalau nak tahu.. pejabat sekolah kita pun dah bertukar.. Kita dah ada bangunan baru.. =)